PEMAKLUMAN PENANGGUHAN PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PEMERBADANAN) (TAHAP PEMBEBASAN FORMALDEHID DARIPADA PRODUK BERASASKAN PANEL) 2025 [P.U. (A) 48/2025]
Peraturan-Peraturan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Tahap Pembebasan Formaldehid Daripada Produk Berasaskan Panel) 2025 telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 28 Januari 2025 dan dijadualkan berkuat kuasa mulai 2 Februari 2026. Namun begitu, adalah dimaklumkan bahawa kuat kuasa Peraturan-Peraturan tersebut DITANGGUHKAN bagi tempoh enam (6) bulan.
MTIB akan memaklumkan tarikh penguatkuasaan baharu melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.
Pemakluman ini berdasarkan Surat Ketua Pengarah MTIB [KLIK DISINI]
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)
23 Februari 2026
English

Bahasa Melayu