Tanggam Design Center
PENGENALAN
Objektif utama TDC adalah untuk menyediakan perkhidmatan reka bentuk dan menjadi hab reka bentuk bagi para pereka, pelajar, industri yang berkaitan atau menghubungkan dengan reka bentuk, serta mana-mana pengguna akhir (end-users) yang ingin memanfaatkan sepenuhnya kemudahan reka bentuk yang terdapat di TDC. TDC beroperasi di Kota Damansara, Selangor.
TANGGAM® oleh MTIB telah berjaya mempamerkan inovasi reka bentuk baharu dari Malaysia. Dengan objektif utamanya untuk mempromosikan imej perabot Malaysia dan menjadi pemangkin kepada peralihan sektor ini daripada Pengilang Peralatan Asal (OEM) kepada Pengilang Reka Bentuk Asal (ODM), dan seterusnya Pengilang Jenama Sendiri (OBM) untuk melaksanakan satu program bagi meningkatkan kualiti reka bentuk perabot buatan tempatan. Program ini merupakan sebahagian daripada pelan komprehensif 5 tahun untuk peningkatan reka bentuk perabot Malaysia.
VISI
MISI
OBJEKTIF
TANGGAM® bertanggungjawab untuk menerajui pembangunan pelbagai sektor dalam industri perkayuan serta menyediakan bantuan teknikal, pemasaran, dan bentuk bantuan lain bagi memastikan pertumbuhan berterusan industri kayu dalam ekonomi di Malaysia yang sedang pesat membangun melalui proses perindustrian. Seperti yang diperuntukkan secara khusus oleh Akta, objektif TANGGAM® termasuklah:
- Untuk mempertingkatkan perindustrian dan menaik taraf industri perkayuan dengan penekanan kepada pemprosesan berasaskan nilai tambah.
- Untuk mempromosikan dan menambah baik pasaran serta pemasaran produk perkayuan.
- Memudah cara dan memperkukuh pembangunan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana).
- Untuk membangunkan dan mempromosikan piawaian bagi kualiti produk perkayuan.
- Untuk memupuk ketertiban dalam perdagangan kayu.
HUBUNGI
1. Puan Norazleen Othman
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
Tel. No. 03-61401466 Fax. No. 03-61401216/1154
2. Encik Ahmad Nashriq Zariffuddin
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
Tel. No. 03-61401466 Fax. No. 03-61401216/1154
English

Bahasa Melayu