Pembekal dan Pengeksport Kayu
MTIB turut menerbitkan Directory of The Timber Trade in Malaysia, yang menyenaraikan pengeksport dan pembekal produk kayu yang berdaftar dengan MTIB. Tuan/puan boleh mendapatkan direktori tersebut dengan menghubungi talian 603 - 9282 2235 sambungan 1326 atau hadir ke Kaunter Penerbitan MTIB di Tingkat 16, Menara PGRM 1 dengan harga RM50.00 senaskah.
Untuk disenaraikan sebagai pengeksport, pembekal dan pengeluar kayu dalam direktori ini, pengusaha hendaklah berdaftar dengan MTIB seperti yang telah termaktub di dalam Akta 105. Tuan/Puan juga digalakkan berdaftar dengan mana-mana persatuan perkayuan yang diiktiraf MTIB di dalam Akta 105 dan boleh hubungi persatuan-persatuan perkayuan yang berkaitan untuk bantuan selanjutnya.
English

Bahasa Melayu